Thursday, December 2, 2010

Perkahwinan Beliau VERSI 2


Assalammualaikum...jeng-jeng, lame dah tak jenguk belog nie. Dengan kesibukkan yg melanda diri saya dah keluarga (xde kaitan langsung), maka memang susah la saya nk update belog nie..haha.
Maka hari nie hati tergerak nk update belog yg buruk nie...
Dulu ada berjanji nk sambung entry
Perkahwinan Beliau VERSI 1 kan-kan..
.
.
.
maka
.
.
tercipta la entry ini
.
.
BELIAU kali ini merupakan kakak saya merangkap
kawan baik saya dirumah heheh. Telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau
.
.
.
Dengan dua kali lafaz sahaja beliau, NOORSAADAH BT LOKMAN telah sah menjadi isteri kepada MOHAMMAD ZARULNIZAM RIZAL pada 27/11/2010 bertempat dikediaman ayahanda dan bonda tersayang.
.
.
Sebelum majlis akad nikah, beliau bertunang dahulu. Ha mesti korang pelikan. Ini merupakan adat kami orang2 N9. Kena ikut step, xleh nk lompat. Jadi kena la bertunang dulu walaupun tok beberapa jam.
.
.
Selepas berbincang dan berbalas2 pantun (haha xde maknenye berpantun) dan diluluskan oleh
Buapak (kira cam ketua tok suku kitaorang la) maka majlis pertunangan dilangsungkan.
Beliau yg anggun berbaju biru disarungkan cicin oleh bakal mak mertua (ha masa nie belum nikah lagi taw)

Ini mase bertunang.
.
.
.
Satu jam kemudian
.
.
Tibalah masanya beliau diijabkabulkan. Masa nie punya la ketaq lutut bakal abg ipaq saya. Yelah nak menikah la katakan. Mulakan fasa hidup yang baru pas nni.
Selepas je solat Asar, rombongan pengantin lelaki sekali lagi tiba untuk majlis seterusnya.
.
.
adeh penat lak pulak nk menaip entry ni.
.
.
korang tengok jelah pic2 nie ye..
.
.
Ha sebelum tu nk bg taw yg Majlis dirumah saya nie dua pasang pengantinnya. Kakak saya dengan suami dan Abang saya (dalam entry Perkahwinan Beliau VERSI 1) dengan isterinya.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kedua-dua pasangan pengantin baru dan yang dah tak berapa baru ni bahagia selalo hendaknya.

Pesanan kepada pengantin:

~buat Kak Chik semoga menjadi isteri yg solehah, baik, taat kpd suami, mak ayah, mak mertua
~Abg merindui kau sbg seorang akak, sahabat dan pendengar yg baik huhu
~kepada Abg Ayob, moga menjadi suami yg mithali, soleh, jgn lupa mak ayah serta bimbing isteri supaya menjadi isteri yg solehah...

~Insyaallah~



*terima kasih kepada semua sanak saudara yg telah membantu kami sekeluarga menjayakan majlis perkahwinan ini. Jasa kalian amat kami hargai.
*kepada kawan2 yg hadir..terima kasih juga.

Seyes saya penat masa majlis ni...tengok jelah muka saya..hahahah

Mode: Masih happy gan hadiah tersebut...terima kasih kepada pihak yg memberi..wiki2

Monday, November 22, 2010

moga masih seperti dahulu..






Hari terakhir sebelum meninggalkan IPOH, kawan2, anak2 murid dan segala kenangan..
moga kita ketemu lagi dilain masa..
.
.
.
.
DAN
.
.
.
.
Ianya MASIH SEPERTI DAHULU

Thursday, November 18, 2010

Bohong la..

Aku benci hari nie..aku benci hari2 terakhir disini....
.
.
bohong la.. kalau aku x sedih.
.

.
bohong la.. kalau aku x menangis..
.
.
bohong la.. kalau aku x rindu kawan2..
.
.
bohong la.. kalau aku x rindukan kenangan gan korang semua...
.
.
dan pembohongan paling besar....AKU TAK
SAYANGKAN KORANG SEMUA

.
.
BOHONG la...semua bohong belaka...



Friday, November 12, 2010

Kau Sahabat Kau Teman

Assalammualaikum..wah bagun2 je dah bukak laptop, jenguk sana, jengah sini tetiba teringat nk update belog lak. Kali ini nak tulis tentang majlis perpisahan malam tadi. Majlis Gala Nostalgia lagi okei...majlis khas untuk kami pelatih2 Unit E dan KPLI IPGM-Kampus Ipoh..almaklumlah dah habes pegajian kan..
.
sedih!!
tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan
.
.
kawan2 saya sekitar majlis perpisahan *maaf pada yg tiada dlm gmbo..
khas buat kawan saya
.
.

Ainyza
Anuar
Kak Tiq Kak Elis
Kak Shida
Haniza
Hatta

Joe

Eg Azam
Nizar Danial
Mirul
Kak Lyn
Ayu
Bazlin
Fad
Rose

Fahmi

.
.
Maafkan saya sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, terlanjur tutur bicara, terkata, terkutuk belakang selama perkenalan kita hingga hari ini.
.
.
semoga ukhwah kita perkekalan sampai bila2...



~packing2 barang walaupun hati berat tok tinggalkan kawan2...

Sunday, November 7, 2010

Perkahwinan Beliau (VERSI 1)

Sekitar majlis perkahwinan beliau iaitu abg saya Zafullah Bin Lokman a.k.a Abg Ayob dengan pasangan pilihan hati beliau Wan Haslina Bt Yahya a.k.a Kak Ina, pada 05hb November 2010 (nikah) dan 06hb November 2010 (bersanding) di kediaman pengantin perempuan. Seberang Prai, Pulau Pinang.

Makcik2, sepupu sepapat mewakili pihak pengantin lelaki

Hantaran 7 dulang dari pihak pengantin lelaki

Pengantin dah ketaq lutut bila mengadap tok kadi

Mas kawen n cincin tok batalkan air sembahyang..

Hari bersanding..*pengapit pun sedondon.

Pengapit yg berdedikasi.

Pengantin sama cantik, sama padan. Moga kekal hingga akhir hayat

Makan beradap..*pengapit xberadap langsung makan..heheh

Baca doa dulu sebelum makan.

ha suap2 jgn xsuap..

Wakil pihak pengantin lelaki: Acap, Ayah, dan Mak

Ayahanda dan bonda pengantin lelaki.

Adik2 dan ank2 buah pengantin lelaki..

Alhamdulillah semuanya dah selesai. apa yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri dan yang baik itu dari Allah S.W.T..

Tamat sudah entry "Perkahwinan Beliau VERSI 1"

nantikan entry "Perkahwinan Beliau VERSI 2" iaitu sekitar Majlis Perkahwinan di kampung halaman saya pula pada 27 November 2010 dan 28 November 2010..


Nota kaki:

~pic banyak tapi uplod skit je...
~sory pic tak bape cantik coz guna camera digital biase je...
~next wedding:: Kak Chik n Abg Zarul. Aku?? lambat lg...tunggu cinta hati habis belajar dulu k..

Thursday, October 28, 2010

Jalan mesti ke depan

Orang kata...
.
.
"jalan mesti ke depan"
lagi best kalau...
"jangan lupa yang kat belakang"
.
.
kata mak kawan tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.
kata ayah kawan tu umpama bunga ros, dipandang cantik
dipegang sakit.
kata atuk kawan tu seperti air, terus mengalir
.
kata nenek kawan tu bak bulan, dipuja di sanjung tapi nun jauh disana
.
walau apa pun definisi kawan bagi anda..
berkawan biarlah beribu..
pandai2 lah pilih KAWAN..
.
.
Dimana kedudukan anda sebagai seorang kawan??
.
ibarat lebah?
umpama bunga ros?
seperti air? ATAU
bak bulan?
.
.
saya juga ada kawan
Ini sebahagian dari kawan2 saya..(kredit to Budak Pensel)

Wednesday, October 27, 2010

ISTIMEWA

Bangun je pagi2 dah dengar bunyi bising2, kereta, motor, basikal, hon sane, pekik sini...haish.. Apa lagi cam biaselah budak2 g sekolah (depan rumah aku nie sekolah so mmg bising pagi2), tapi bagus juga ade gak yg mengejutkan aku bangun pagi2 nie. Tapi hari nie rase bisingnye semacm je. Rase dekat je kat cuping telinga nie. Nape la bising sangat budak2 nie. Aku pun bangun, trus jenguk kat tingkap.. lor ade sukan rupanye. tapi awat cam pelik je sukan nie. budak2 yg bersukan pun cam xbrape nk bersukan je (bru bgun so blur2 lg)..aku pun gesek2 mata tengok betul2..
.
.
.
OOoww budak2 ISTIMEWA yg bersukan.. hari nie dyorg pakai baju same warna je (kale merah), ada sindrom, ada yg berkerusi roda..aku perati la ape yg dak2 ISTIMEWA 2 dok buat. Lari sana, kejar sini..yelah ISTIMEWA lah dikatakan..xleh nk kawal sangat budak2 nie...dah puas tgk aku pun g la tunaikan kewajipan dulu (solat subuh dah)..
.
.
.
aku solat diiringi dengan hiruk pikuk budak2 ISTIMEWA (sabar je lah)
.
.
.
selesai solat aku pun dok mendagu kat tingkap bilik, nk tgk sukan ape yg dak2 ISTIMEWA nie main hari nie (niat di hati nak bngun awal nk stdy heheh..)
.
.
.
Aku xpasti sukan ape yg cikgu2 dyorg suro main hari nie. Leret2 bola kat tepi padang. Warna merah ada, kuning pun ada. ada dua pasukan. Sorang2 kena leret. Skali tgk mcm boling padang pun ada. Tah lah agaknya permainan kecil kot, xpun manipulasi alatan (cewah mentang2 pernah blajo dulu).
.
.
.
Sedang syok perhati budak2 nie main. Tetiba aku tengok ada sorang nie (sindrom) dok kejar kawan dia. Kejar keliling gelanggang bola tampar. Dengan bersusah payah budak nie kejar kawan dia. Sampai termegah-megah aku tgk. kesian pun ada. Kawan yg dikejar lak lari laju semacam. Kawan2 yang lain semua dok tengok aksi dua sahabat ni. Tetiba cikgu dia bangun. Aku ingatkn nak marah budak2 yg lari tu...rupanya..
.
.
.
"Ha cepat kejar, kamu boleh!!. Kejar..tangkap dia" punya la semangat cikgu tu cakap. Budak2 yang kat tepi padang pun bersorak sama.."kejar!!" siap bangun2 lagi. (dah macm tengok perlawanan bola lak) Aku pun tertarik nk teruskan menonton. Budak yg sindrom tadi bertambah semangat kejar kawan dia. Dengan segala kudrat yg ada. Akhirnya dapat gak budak 2 capai baju kawan dia ni (agaknya kawan dia dah penat berlari). Dalam kepenatan, budak yang mengejar bersorak gembira. Macam menang piala dunia. Satu kepuasan kepada dia agaknya. Dengan usaha dan sokongan kawan yang lain dia berjaya gak kejar kawan dia.
.
.
.
Tepukan yang gemuruh budak tu dapat. Cikgu dia puji kaw2 (salah satu cara nk bg budak2 ISTIMEWA rasa dihargai) aku pun tetiba tertepuk tangan..xsengaja..haha
.
.
.
Entry nie sebenarnya bukanlah nk berceritakan tentang sukan atau kejadian yang berlaku sebenarnya. Aku cuma tertarik dengan semangat yg ditunjukkan oleh budak sidrom tu. Walaupun ISTIMEWA (tak sempurna) tapi semangat mereka kuat tok capai sesuatu keinginan mereka. Mereka gagahkan juga walau kederat tak seberapa. dengan usaha jugalah mereka berjaya. Tapi kita yang yang cukup sifat, gagah, dan boleh berfikir dengan baik ini, selalu saja:
.
~Mengalah dengan halangan.
~ Cepat mengeluh.
~Suka salahkan takdir.
~Tak nak berusaha
.
Kadang2 kita lupa, kita tak ingat, bahawa walau seberat mana pun masalah dan dugaan yang melanda. Sebenarnya ada lagi insan lebih teruk dari kita. Mereka terima ini semua dgn tangan terbuka. Mereka tak mengeluh malah berusaha untuk jadi lebih baik. SEDANGKAN KITA??
.
.
.
sama2 kita renungkan sedalam2nya.
~SEKIAN~



~entry ini memberi semangat kepada aku tok teruskan usaha (minggu depan exam wei, study2).
~entry ini memberi kesedaran kepada aku bertapa beruntungnya aku dilahirkan sebaik ini.
~entry ini untuk semua yg merasakan dugaan berada disekelilingnya..
~Renung2kn dan selamat beramal

Mode: Study sampai lebam~

Model ke saya?

Nak jadi model ke cikgu nie? haish ngengada tol. Haha..entry nie just nk tunjuk beberapa pic yg diambil oleh Yazid a.k.a Budak Pensel dgn menggunakan kamera canggihnye..hehe photoshot nie saje2 je..bukn lah niat nk jd model pun. Just suke2.
.
.
.
.

.
.

Lagi pun Budak Pensel xcaj ape2. Nak tingkatkan skill katenye. Disampin
g suke2 nie byk gak ler blja gan Budak Pensel tentang teknik2 amik gmbo (dapat gak ilmu) xsia2 ikut photoshot..
Terima Kasih Budak Pensel..nnti kita photoshot lg ye..
wee..


~Pic tak edit pun coz aku xpndai nk edit2 nie.
.(masih menuntut lg) hehe
~Pic model2 lain aku xuplod, sebb nie blog aku..haha (kalau uplod tanpa kebenaran nnti kena marah lak)
~Lokasi: Jusco Kinta, Gunung Lang..
(^^,)

~Gambar tak menggambarkan kehidupan..betul ke?