Wednesday, October 27, 2010

ISTIMEWA

Bangun je pagi2 dah dengar bunyi bising2, kereta, motor, basikal, hon sane, pekik sini...haish.. Apa lagi cam biaselah budak2 g sekolah (depan rumah aku nie sekolah so mmg bising pagi2), tapi bagus juga ade gak yg mengejutkan aku bangun pagi2 nie. Tapi hari nie rase bisingnye semacm je. Rase dekat je kat cuping telinga nie. Nape la bising sangat budak2 nie. Aku pun bangun, trus jenguk kat tingkap.. lor ade sukan rupanye. tapi awat cam pelik je sukan nie. budak2 yg bersukan pun cam xbrape nk bersukan je (bru bgun so blur2 lg)..aku pun gesek2 mata tengok betul2..
.
.
.
OOoww budak2 ISTIMEWA yg bersukan.. hari nie dyorg pakai baju same warna je (kale merah), ada sindrom, ada yg berkerusi roda..aku perati la ape yg dak2 ISTIMEWA 2 dok buat. Lari sana, kejar sini..yelah ISTIMEWA lah dikatakan..xleh nk kawal sangat budak2 nie...dah puas tgk aku pun g la tunaikan kewajipan dulu (solat subuh dah)..
.
.
.
aku solat diiringi dengan hiruk pikuk budak2 ISTIMEWA (sabar je lah)
.
.
.
selesai solat aku pun dok mendagu kat tingkap bilik, nk tgk sukan ape yg dak2 ISTIMEWA nie main hari nie (niat di hati nak bngun awal nk stdy heheh..)
.
.
.
Aku xpasti sukan ape yg cikgu2 dyorg suro main hari nie. Leret2 bola kat tepi padang. Warna merah ada, kuning pun ada. ada dua pasukan. Sorang2 kena leret. Skali tgk mcm boling padang pun ada. Tah lah agaknya permainan kecil kot, xpun manipulasi alatan (cewah mentang2 pernah blajo dulu).
.
.
.
Sedang syok perhati budak2 nie main. Tetiba aku tengok ada sorang nie (sindrom) dok kejar kawan dia. Kejar keliling gelanggang bola tampar. Dengan bersusah payah budak nie kejar kawan dia. Sampai termegah-megah aku tgk. kesian pun ada. Kawan yg dikejar lak lari laju semacam. Kawan2 yang lain semua dok tengok aksi dua sahabat ni. Tetiba cikgu dia bangun. Aku ingatkn nak marah budak2 yg lari tu...rupanya..
.
.
.
"Ha cepat kejar, kamu boleh!!. Kejar..tangkap dia" punya la semangat cikgu tu cakap. Budak2 yang kat tepi padang pun bersorak sama.."kejar!!" siap bangun2 lagi. (dah macm tengok perlawanan bola lak) Aku pun tertarik nk teruskan menonton. Budak yg sindrom tadi bertambah semangat kejar kawan dia. Dengan segala kudrat yg ada. Akhirnya dapat gak budak 2 capai baju kawan dia ni (agaknya kawan dia dah penat berlari). Dalam kepenatan, budak yang mengejar bersorak gembira. Macam menang piala dunia. Satu kepuasan kepada dia agaknya. Dengan usaha dan sokongan kawan yang lain dia berjaya gak kejar kawan dia.
.
.
.
Tepukan yang gemuruh budak tu dapat. Cikgu dia puji kaw2 (salah satu cara nk bg budak2 ISTIMEWA rasa dihargai) aku pun tetiba tertepuk tangan..xsengaja..haha
.
.
.
Entry nie sebenarnya bukanlah nk berceritakan tentang sukan atau kejadian yang berlaku sebenarnya. Aku cuma tertarik dengan semangat yg ditunjukkan oleh budak sidrom tu. Walaupun ISTIMEWA (tak sempurna) tapi semangat mereka kuat tok capai sesuatu keinginan mereka. Mereka gagahkan juga walau kederat tak seberapa. dengan usaha jugalah mereka berjaya. Tapi kita yang yang cukup sifat, gagah, dan boleh berfikir dengan baik ini, selalu saja:
.
~Mengalah dengan halangan.
~ Cepat mengeluh.
~Suka salahkan takdir.
~Tak nak berusaha
.
Kadang2 kita lupa, kita tak ingat, bahawa walau seberat mana pun masalah dan dugaan yang melanda. Sebenarnya ada lagi insan lebih teruk dari kita. Mereka terima ini semua dgn tangan terbuka. Mereka tak mengeluh malah berusaha untuk jadi lebih baik. SEDANGKAN KITA??
.
.
.
sama2 kita renungkan sedalam2nya.
~SEKIAN~



~entry ini memberi semangat kepada aku tok teruskan usaha (minggu depan exam wei, study2).
~entry ini memberi kesedaran kepada aku bertapa beruntungnya aku dilahirkan sebaik ini.
~entry ini untuk semua yg merasakan dugaan berada disekelilingnya..
~Renung2kn dan selamat beramal

Mode: Study sampai lebam~

2 comments:

AiSyAh HuMaIrAh said...

Seronoknya dapat tengok sukan diorang ye.. Mereka memang istimewa.. Sayangilah mereka.. Boleh dijadikan contoh oleh kita sebagai guru.. :)

ThE kOpi suSU said...

ye jadikan iktibar kesungguhan mereka...

Post a Comment