Thursday, December 2, 2010

Perkahwinan Beliau VERSI 2


Assalammualaikum...jeng-jeng, lame dah tak jenguk belog nie. Dengan kesibukkan yg melanda diri saya dah keluarga (xde kaitan langsung), maka memang susah la saya nk update belog nie..haha.
Maka hari nie hati tergerak nk update belog yg buruk nie...
Dulu ada berjanji nk sambung entry
Perkahwinan Beliau VERSI 1 kan-kan..
.
.
.
maka
.
.
tercipta la entry ini
.
.
BELIAU kali ini merupakan kakak saya merangkap
kawan baik saya dirumah heheh. Telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau
.
.
.
Dengan dua kali lafaz sahaja beliau, NOORSAADAH BT LOKMAN telah sah menjadi isteri kepada MOHAMMAD ZARULNIZAM RIZAL pada 27/11/2010 bertempat dikediaman ayahanda dan bonda tersayang.
.
.
Sebelum majlis akad nikah, beliau bertunang dahulu. Ha mesti korang pelikan. Ini merupakan adat kami orang2 N9. Kena ikut step, xleh nk lompat. Jadi kena la bertunang dulu walaupun tok beberapa jam.
.
.
Selepas berbincang dan berbalas2 pantun (haha xde maknenye berpantun) dan diluluskan oleh
Buapak (kira cam ketua tok suku kitaorang la) maka majlis pertunangan dilangsungkan.
Beliau yg anggun berbaju biru disarungkan cicin oleh bakal mak mertua (ha masa nie belum nikah lagi taw)

Ini mase bertunang.
.
.
.
Satu jam kemudian
.
.
Tibalah masanya beliau diijabkabulkan. Masa nie punya la ketaq lutut bakal abg ipaq saya. Yelah nak menikah la katakan. Mulakan fasa hidup yang baru pas nni.
Selepas je solat Asar, rombongan pengantin lelaki sekali lagi tiba untuk majlis seterusnya.
.
.
adeh penat lak pulak nk menaip entry ni.
.
.
korang tengok jelah pic2 nie ye..
.
.
Ha sebelum tu nk bg taw yg Majlis dirumah saya nie dua pasang pengantinnya. Kakak saya dengan suami dan Abang saya (dalam entry Perkahwinan Beliau VERSI 1) dengan isterinya.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kedua-dua pasangan pengantin baru dan yang dah tak berapa baru ni bahagia selalo hendaknya.

Pesanan kepada pengantin:

~buat Kak Chik semoga menjadi isteri yg solehah, baik, taat kpd suami, mak ayah, mak mertua
~Abg merindui kau sbg seorang akak, sahabat dan pendengar yg baik huhu
~kepada Abg Ayob, moga menjadi suami yg mithali, soleh, jgn lupa mak ayah serta bimbing isteri supaya menjadi isteri yg solehah...

~Insyaallah~



*terima kasih kepada semua sanak saudara yg telah membantu kami sekeluarga menjayakan majlis perkahwinan ini. Jasa kalian amat kami hargai.
*kepada kawan2 yg hadir..terima kasih juga.

Seyes saya penat masa majlis ni...tengok jelah muka saya..hahahah

Mode: Masih happy gan hadiah tersebut...terima kasih kepada pihak yg memberi..wiki2

No comments:

Post a Comment